Pamski yang tidak asing lagi di bibir masyarakat tempatan di samarahan ataupun Boat yang menggunakan enjin pam kita menjadi kegilaan masyarakat tempatan.Malah,pamski ini dijadikan sebagai sukan air bagi mereka.Sukan air ini sesuai bagi golongan muda malah golongan yang sudah berusia.Pada mulanya,sukan pamski hanyalah sekadar sukan biasa bagi memenuhi masa lapang masyarakat tetapi kini,pamski telah menjadi tarikan sehingga wujudlah pertandingan pamski.

Ini merupakan permainan sampingan yang dianjurkan bagi menarik minat para pengunjung iaitu pertandingan meneka jumlah buah kelapa dan buah pisang.Kita lihat siapa yang kena..hehehehehhehe
Ini pula merupakan piala-piala yang telah dimenangi oleh para peserta..Untuk merangkul tempat dan menjulang piala ini bukanlah senang.Para peserta terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk meraih tempat.
Salah satu gambar pamski yang bakal meyertai pertandingan pamski di sungai samarahan.
Nampak nya peserta tiada pesaing (merujuk kepada gambar) di sebelah kanan,kiri serta belakang.Peserta bersemangat untuk menjulang piala juara dan hadiah-hadiah lain yang menanti.
Pelbagai ragam serta gelagat manusia yang dapat kita lihat semasa majlis berlansung pada hari itu.Semua masyarakat memberi sokongan kepada pertandingan pamski ini.Seluruh warga kampung bersama-sama berkumpul bagi menyaksikan pertandingan ini bagi memeriahkan lagi suasana.Penduduk kampung Tanjung Bundong khususnya bersemangat membara untuk memberi sokongan kepada para peserta Tanjung Bundong..Walaupun bahang panas pada masa itu seolah-olah matahari sejengkal dari kepala namun masyarakat tidak mengendahkan kerana semangat yang membara sebagai sokongan..Tidak kira kecil,besar,tua dan muda,mereka smua bkumpul bagi menyaksikannya.
Biasalah bila ada majlis-majlis besar macam ni,mesti ada Y.B. yang datang..Budak-budak kecik tu siapa erk..?anak Y.B. ke?ataupun cucu cicit mereka??Tak lah diorang anak-anak penduduk kampung sini lah..budak-budak kecik,memang lah nakal..Mereka boleh pergi mana2 saje sehingga kan ada yang duduk tempat Y.B..hahhahahhaha..harap-harap mereka pun dapat jugak jadi Y.B. nanti..
Para peserta bergambar bersama pamski masing-masing.Pelbagai warna dan corak pamski yang boleh kita lihat.Semua peserta nampak gembira kerana majlis berjalan dengan lancar tampa ada arang melintang.
No comments:
Post a Comment