Saturday, September 22, 2012
Friday, September 21, 2012
PERTANDINGAN PAMSKI
Pamski yang tidak asing lagi di bibir masyarakat tempatan di samarahan ataupun Boat yang menggunakan enjin pam kita menjadi kegilaan masyarakat tempatan.Malah,pamski ini dijadikan sebagai sukan air bagi mereka.Sukan air ini sesuai bagi golongan muda malah golongan yang sudah berusia.Pada mulanya,sukan pamski hanyalah sekadar sukan biasa bagi memenuhi masa lapang masyarakat tetapi kini,pamski telah menjadi tarikan sehingga wujudlah pertandingan pamski.

Ini pula merupakan piala-piala yang telah dimenangi oleh para peserta..Untuk merangkul tempat dan menjulang piala ini bukanlah senang.Para peserta terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk meraih tempat.
Salah satu gambar pamski yang bakal meyertai pertandingan pamski di sungai samarahan.
Nampak nya peserta tiada pesaing (merujuk kepada gambar) di sebelah kanan,kiri serta belakang.Peserta bersemangat untuk menjulang piala juara dan hadiah-hadiah lain yang menanti.
Pelbagai ragam serta gelagat manusia yang dapat kita lihat semasa majlis berlansung pada hari itu.Semua masyarakat memberi sokongan kepada pertandingan pamski ini.Seluruh warga kampung bersama-sama berkumpul bagi menyaksikan pertandingan ini bagi memeriahkan lagi suasana.Penduduk kampung Tanjung Bundong khususnya bersemangat membara untuk memberi sokongan kepada para peserta Tanjung Bundong..Walaupun bahang panas pada masa itu seolah-olah matahari sejengkal dari kepala namun masyarakat tidak mengendahkan kerana semangat yang membara sebagai sokongan..Tidak kira kecil,besar,tua dan muda,mereka smua bkumpul bagi menyaksikannya.
Biasalah bila ada majlis-majlis besar macam ni,mesti ada Y.B. yang datang..Budak-budak kecik tu siapa erk..?anak Y.B. ke?ataupun cucu cicit mereka??Tak lah diorang anak-anak penduduk kampung sini lah..budak-budak kecik,memang lah nakal..Mereka boleh pergi mana2 saje sehingga kan ada yang duduk tempat Y.B..hahhahahhaha..harap-harap mereka pun dapat jugak jadi Y.B. nanti..
Para peserta bergambar bersama pamski masing-masing.Pelbagai warna dan corak pamski yang boleh kita lihat.Semua peserta nampak gembira kerana majlis berjalan dengan lancar tampa ada arang melintang.
Wednesday, September 19, 2012
Inilah Nama KampunG ku..(Toklah nama kampung kamek..)
KAMPUNG TANJUNG BUNDONG...Sapa x tauk??x plu letak pun memang org dah tahu kecuali luar kawasan Samarahan dan Kuching.Nama kampung ku tersegam gagah.Kampung Tanjung Bundong terbahagi ke pada 4 bahagian.. Ada Lot Fasa 1,2,3 dan kampung asal nya..Kampung asalnya berhampiran dengan Pengkalan Feri..Pengkalan ini dijadikan sebagai jalan perhubungan antara kampung seberang seperti Kampung Semawang,Kampung Sui,Tambirat dan banyak lagi kampung yang lain..Salah satu sebab orang suka menggunakan perkhidmatan feri ini disebabkan jimat masa,jimat minyak,boleh sampai ke destinasi dengan cepat berbanding menggunakan jalan darat yang melalui UITM Kampus SAMARAHAN dan kampung-kampung sekitarnya.Kampung Tanjung Bundong mempunyai penduduk yang ramai namun penduduk nya sentiasa bersatu padu,saling membantu serta masih mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat.Penduduk kampung ini juga sangat peramah sehingga kan orang luar yang datang menyewa rumah2 sewa pun mereka anggap sebagai saudara sendiri...Semangat kejiranan di sini amat kuat sehinggakan mereka sentiasa membantu sekiranya ada ppenduduk yang memerlukan pertolongan..Mana-mana masyarakat luar tu,boleh lah datang ke sini..Kedatangan anda adalah sangat dialu-alukan.. "WELCOME" :)
Subscribe to:
Posts (Atom)