my digital clock


Get your own Digital Clock

Tuesday, January 22, 2013

MASJID DARULSALAM KPG TANJUNG BUNDONG TRADISI


Subhanallah.....bila nampak masjid ni,hati rasa tenang dan teringat msa admin kecik2 dulu...Inilah gambar Masjid Darulsalam kampung Tanjung Bundong..Masjid ni sememangnya sudah lama bertapak di kampung admin..Rasa2nya,admin blm lahir,masjid ni mmg dh wujud kat sini..hehehehe...
Knp admin ckp mcm tu??Nah...biar admin bgthu..Admin dri umr 5 thn dah start skolah dkt masjid ni..Admin skolah kat sni selama 2 thn..maklum lah,dkt bhgn bwh masjid ni dulu dgunakan sebagai tadika HIKMAH..Sekarang tadika tu dah bpindah ke tapak nya sendiri yang terletak di LOT FASA 2 KAMPUNG TANJUNG BUNDONG..

Masjid ni sememangnya mempunyai banyak sumbangan kepada masyarakat kampung admin..
Selalunya,kalau ada apa2 aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung,masjid ni lah yang menjadi tumpuan,terutamanya dalam bidang keagamaan..

Tahun ni,Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. (maulidur rasul) bertemakan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH..." Dekat masjid ni lah pelbagai program akan diadakan..

Antara aktivitinya ialah:
(i)   pertandingan azan
(ii)  bacaan al-fatihah
(iii) berzikir

Ni apa yang admin tahu je lah..yang lain mungkin admin tak tahu..spe2 yang nak sama2 memeriahkan masjid ni,boleh lah g ke masjid ni sempena maulidur rasul 1434H..Hari2 biase pun kita amat digalakkan untuk berkunjung ke masjid ni..

Sampai sini jelah coretan admin..nanti admin akan bagi korang tengok aktiviti sempena maulidur rasul kat kampung admin ni ye..Assalammualaikum....hehehehehe..



Friday, January 18, 2013

Keropok Lekor Mentah Tanjung Bundong

Ini lah gambar ORIGINAL Keropok Lekor Mentah beliau..


Lai lai lai...keropok lekor mari..hahhahahahha....Ini merupakan keropok lekor mentah buatan sendiri setelah melalui beberapa proses...Keropok lekor ini merupakan produk yang di keluarkan oleh Encik Gobel sekeluarga..Keropok lekor ini sememangnya terkenal di kawasan Pengkalan Feri Samarahan kerana beliau menjalankan perniagaan di situ..

Encik Gobel Bin Kaderi merupakan anak kelahiran Sarawak..Sarawakian lah katakan..hahahahha..
Beliau kini menetap di Lot Baru Kampung Tanjung Bundong,Kota Samarahan.Beliau menjalankan beberapa jenis perniagaan lain yang berkonsepkan makanan selain penghasilan keropok lekor mentah.Setahu admin,beliau juga menjalankan perniagaan goreng pisang,roti canai serta CATERING.
Beliau jugak mempunyai gerai makanan dan minuman yang terletak di Pengkalan Feri Samarahan..

Keropok lekor sememangnya juadah yang sesuai untuk dihidang pada waktu petang serta untuk bersantai.."Goreng pun sodap ni"hehehhehe...

Jika anda ingin membuat tempahan,anda boleh menghubungi Encik Gobel Bin Kaderi di talian 

013-8139332.Harga untuk sebatang kerepok lekor mentah ini ialah RM 1.20.Anda boleh mendapatkan bekalan terus daripada beliau.


Rugi klau korang tak cuba...Ada masa singgah2 lah di Pangkalan Feri Samarahan dan serbu gerai beliau ramai-ramai..hahahhaha

sampai sni jelah coretan admin hari ini..klau admin tls byk2 pun klau tak bermanfaat,
x guna jugak kan..Biar simple tpi banyak isi..
Bak kata org kat tmpt admin "kuah jak banyak tapi isik x da.."

ok...byeeeeee.....senyum sokmo na.. ;)
 



Saturday, November 3, 2012

PREMIS BARU DI PENGKALAN FERI SAMARAHAN

Premis baru di pengkalan feri samarahan ini baru siap dibina pada tahun ini..Premis ini dibina bagi memudahkan para peniaga tempatan menjalankan aktiviti perniagaan.kewujudan premis ini juga kerana ingin menggantikan premis perniagaan lama yang telah dijilat api beberapa tahun yang lepas.





Ini merupakan premis bagi peniaga yang menjual makanan dan minuman..Premis baru ini nampak lebih elok dan kukuh berbanding dengan premis dahulu.





Ini pula merupakan premis bagi peniaga yang memasarkan barangan basah seperti ikan,ayam,daging serta sayur-sayuran..Kebiasaannya,barangan basah yang di pasarkan di pengkalan feri samarahan ini sangat segar berbanding dengan barangan basah yang ada di pasar.Maka tidak hairan lah jika ada masyarakat luar dari kawasan samarahan yang berkunjung ke sini...Nak dapatkan ikan dengan harga yang berpatutan dan segar,anda harus berkunjung ke sini..anda pasti puas hati.. :)


ini saja coretan admin ubtuk kali ini..terima kasih kerana sudi singgah dan membaca segala coretan admin..

Friday, September 21, 2012

PERTANDINGAN PAMSKI

 
Pamski yang tidak asing lagi di bibir masyarakat tempatan di samarahan ataupun Boat yang menggunakan enjin pam kita menjadi kegilaan masyarakat tempatan.Malah,pamski ini dijadikan sebagai sukan air bagi mereka.Sukan air ini sesuai bagi golongan muda malah golongan yang sudah berusia.Pada mulanya,sukan pamski hanyalah sekadar sukan biasa bagi memenuhi masa lapang masyarakat tetapi kini,pamski telah menjadi tarikan sehingga wujudlah pertandingan pamski.
 

 Inilah juara pertandingan pamski di sungai samarahan@pengkalan feri.Pertandingan ini sering dianjurkan dan disertai oleh seluruh kampung yang ada di kawasan samarahan.Perlumbaan Pam Ski Batang Samarahan 2011 dianjurkan bersama Pejabat Daerah Samarahan dan Kelab Pam Ski Kota Samarahan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan Bahagian Samarahan.Selain itu pertandingan ini juga telah diadakan untuk kali kedua bagi tahun 2012.

Ini merupakan permainan sampingan yang dianjurkan bagi menarik minat para pengunjung iaitu pertandingan meneka jumlah buah kelapa dan buah pisang.Kita lihat siapa yang kena..hehehehehhehe

Ini pula merupakan piala-piala yang telah dimenangi oleh para peserta..Untuk merangkul tempat dan menjulang piala ini bukanlah senang.Para peserta terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk meraih tempat.

Salah satu gambar pamski yang bakal meyertai pertandingan pamski di sungai samarahan.

Nampak nya peserta tiada pesaing (merujuk kepada gambar) di sebelah kanan,kiri serta belakang.Peserta bersemangat untuk menjulang piala juara dan hadiah-hadiah lain yang menanti.

Pelbagai ragam serta gelagat  manusia yang dapat kita lihat semasa majlis berlansung pada hari itu.Semua masyarakat memberi sokongan kepada pertandingan pamski ini.Seluruh warga kampung bersama-sama berkumpul bagi menyaksikan pertandingan ini bagi memeriahkan lagi suasana.Penduduk kampung Tanjung Bundong khususnya bersemangat membara untuk memberi sokongan kepada para peserta Tanjung Bundong..Walaupun bahang panas pada masa itu seolah-olah matahari sejengkal dari kepala namun masyarakat tidak mengendahkan kerana semangat yang membara sebagai sokongan..Tidak kira kecil,besar,tua dan muda,mereka smua bkumpul bagi menyaksikannya.

Cepat2x...jangan tengok blakang bro..Anda sudah mempunyai pesaing di belakang..ahahahhahaha...Nampaknya,sang juara sudah mempunyai pesaing di belakang..Namun,sang juara perlu fokus bagi meraih juara.

Biasalah bila ada majlis-majlis besar macam ni,mesti ada Y.B. yang datang..Budak-budak kecik tu siapa erk..?anak Y.B. ke?ataupun cucu cicit mereka??Tak lah diorang anak-anak penduduk kampung sini lah..budak-budak kecik,memang lah nakal..Mereka boleh pergi mana2 saje sehingga kan ada yang duduk tempat Y.B..hahhahahhaha..harap-harap mereka pun dapat jugak jadi Y.B. nanti..

Para peserta bergambar bersama pamski masing-masing.Pelbagai warna dan corak pamski yang boleh kita lihat.Semua peserta nampak gembira kerana majlis berjalan dengan lancar tampa ada arang melintang.

KENANGAN MANIS:Para pemenang bergambar bersama ganjaran masing-masing setelah tamat perlumbaan..
wah...syok2 tengah bercerita,rupa2nya dh habis daa...btw,nanti klau ada apa2 lagi aktiviti yang dianjurkan mahupun yang dilakukan,nanti admin coret kan lagi..bubbye.. :)